Indonesia

Article Detail

Antioksin Rawat Defteria

February 12, 2016

Added By :
Dr Yap Yoke Yeow


Antioksin Rawat Defteria

Dr Yap Yoke Yeow
Mingguan Malaysia
Ahad, 7 Februari 2016


Sejak pelalian difteria dimasukkan ke dalam Program Imunisasi Kanak-kanak Kebangsaan pada tahun 1972, kejadian penyakit difteria telah menurun dengan sangat drastik. Dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini, bilangan kes difteria yang paling tinggi di Malaysia adalah pada tahun 2013, iaitu empat kes termasuk dua kematian dilaporkan dengan kadar insiden 0.01 per 100,000 penduduk.
Pada masa kini, imunisasi difteria terkandung dalam vaksin lima serangkai, DTaP-IPV//Hib (Difteria, Pertusis, Tetanus, Polio dan Haemophilus Influenza Type B). Vaksin ini  diberikan pada umur 2, 3 dan 5 bulan sebagai prime dose (dos utama) dan 18 bulan sebagai dos tambahan. Liputan imunisasi yang melebihi 95 peratus dalam komuniti akan memberi imuniti kelompok dan melindungi kanak-kanak daripada dijangkiti bakteria ini. Kanak-kanak yang telah menerima imunisasi lengkap hanya akan mengalami gejala ringan.

 Menurut Pakar dan Perunding Bedah Telinga, Hidung dan Tekak (ENT) Hospital Pakar KPJ Johor, Dr. Yap Yoke Yeow, difteria ialah sejenis penyakit berjangkit serius yang disebabkan bakteria yang menyerang membran mukosa hidung dan tekak.
Read more in detail at: http://www.utusan.com.my/gaya-hidup/kesihatan/antioksin-rawat-defteria-1.180464

Article Provided By:


View Profile
Dr Yap Yoke Yeow
MD (USM), MMed (ORL-HNS,USM), RPSGT (Board of Registered Polysomnographic Technologists,USA)
Speciality : ENT/ Otorhinolaryngology
Get Appointment Contact